About my Blog

Assalamua'laikum dan Salam Sejahtera. Terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya. Kepada semua cake lovers and so are blog walkers out there, saya harap blog ini berupaya menjadi medium perantaraan untuk kita saling bertukar idea dan pendapat mengenai kek and such! Saya amat gemarkan kek, suka membuatnya serta menghiasnya, dan saya pasti anda juga sama! Oleh yang demikian.... kita enjoyyyy....

Tuesday, February 15, 2011

Three Red Roses


Masa mula2 saya tunjuk pic ini pada kawan saya, she asked me: “Kau buat bunga sabun ke?”


Ya ampuuunnn... menangis Pah Bedah hujung simpang tengah sawah nun dek non... Ini bukan bunga sabun yer... ini bunga made of gumpaste. Ini antara percubaan awal saya buat cupcakes sebagai hantaran buat saudara saya. Ada sembilan cuppies semuanya, tapi pic ini saja yang ‘sihat walafiat’... yang lain semua ‘bubbye’... so, tak terdaya la saya nak tunjuk rupa sebenar hantaran cupcakes nih.


Bila saya beritahu kawan saya yang bunga ros nih boleh dimakan, dan pic yang dia tengah tengok tuh adalah cupcake... dia reply: “Macam bunga sabun la beb... Ini cupcake ke beb? Apsal macam taman je aku nengok?”.... Ahaha... ya, ini adalah sejenis cupcake, or kek cawan. Bunga ros tu bukan bunga sabun ya... I’ll take it as a compliment anyway... Ahaha...


Cara nak buat bung ros dengan gumpaste nih, sama saja macam kita nak buat bunga ros dengan bunga sabun tuh. Gumpaste ni saya buat sendiri. Resepinya saya dapatkan dari Min Baking Project. (Saya syorkan anda semua melawat website tersebut since banyak yang saya belajar dari situ). Kalau pergi ke mana2 kedai supplier bakery, flower paste nih melambak dijual... tapi lebih afdhal jika kita buat sendiri... Kenapa?

  1. Harganya jauh lebih murah berbanding yang dibeli... Sekali buat, boleh dapat berpuluh, mungkin beratus bunga2... bergantung kepada saiznya...
  2. Kita boleh buat dan simpan hingga bertahun, jika kena dengan syaratnya...
  3. Boleh melatih jari2 yang keras nih, supaya lebih berseni sket... =)
  4. Kepuasan! Ya... Saya percaya anda semua faham maksud kepuasan yang saya sebutkan.


Selama saya bermain2 dengan cake decoration, saya masih lagi merasakan gandingan warna merah + putih itu sangat elegance yet outstanding... Sangat menyerlah occay...


So, feel free to browse the gumpaste recipe on the site I linked above. Make the gumpaste yourself at your own risk! =)